DAFTAR AHLI
Ucapan Tahniah
06 Jun 2020
Presiden serta seluruh ahli Persatuan Veteran MAYC Malaysia merakamkan ucapan tahniah kepada TYT Tun Datuk Seri (Dr) Haji Mohd Ali bin...
Baca
Program derma darah
05 Jun 2020
Jumaat, Jun 06,2020 bertempat di KB Mall. Veteran MAYC Negeri Kelantan dengan kerjasama Hospital Raja Perempuan Zainab 11, Kota...
Baca
Ucapan Presiden Sempena Hari Raya Aidilfitri 2020
23 May 2020
Assalamualaikum  Ahli VMAYC yang saya hormati sekalian.... Saya bagi pihak Majlis Tertinggi Persatuan Veteran MAYC Malaysia...
Baca

Kata-kata Aluan Presiden

Assalamualaikum,

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan Selamat Melayari Portal Persatuan Veteran MAYC Malaysia. Saya berharap portal ini akan dapat membantu para pengunjung khasnya Ahli-Ahli Veteran MAYC mendapatkan maklumat terkini berkaitan dengan pergerakan program-program PVMAYC di seluruh negara. 

Sebagai sebuah pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Portal Rasmi PVMAYC ini memaparkan kepelbagaian aktiviti yang di jalankan di peringkat Pusat, Negeri dan Kawasan-Kawasan Parlimen yang merangkumi Lima Rukun Transformasi KPI Persatuan Veteran MAYC iaitu, Kepimpinan dan Keahlian, Agama dan Keluarga, Kesihatan dan Kebajikan, Takwim Kalendar Tahunan, dan Hartanah PVMAYC.

Bagi meningkatkan kandungan paparan portal ini, kamu sangat mengalu-alukan pendapat, pandangan yang membena, dan juga berita-berita terkini dari anda untuk di salurkan dalam portal ini supaya masyarakat dapat terus mengikuti perkembangan aktiviti PVMAYC dari semasa ke semasa.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih di atas kerjasama dan sokongan yang anda akan berikan kepada portal ini.

Sekian, Terima Kasih.

Datuk Nasir Safar
Presiden

Kalendar Takwim

Tazkirah

Login Ahli